anda napak ang kelik

Thursday, May 19

budak-budak dulu kreatif taw

kalau korang hidup zaman batu   90an dulu mesti korang melalui zaman pre matured  keseronokan melampau.jom ako nak listkan permainan yang buat ako jadi hitam melekit bak kata mak ako dulu-dulu.

lempar selipar/tuju kasut
pergh memang happening.satu taman berkumpul nak main.lagi advance masa tu bila ada mangkok-mangkok hayun yang layak jadi bapak orang pom join.sangat best *tak termasuk abah ako ok

terjun paya
ako memang duduk taman perumahan.tapi tapak paya.so petang-petang lepas balik sekolah. ako mandi,pakai bedak baby wangi-wangi,keluar rumah senyap - senyap.  kalau tak nanti mak marah la.tujuan asal nak cari siput gondang.nak main masak - masak.

main pondok - pondok/kawen - kawen la
ney paling best.kecik-kecik dah kawen. bila dah besar ney bila jumpa balik kawan - kawan zaman kecik tu sumpah malu nak mampus.mula merah muka.

tikam harom jadah dapat hadiah
semua ney dekat depan sekolah.mak cik tu kan kalau  tak jual menatang haram tu mesti ako dah kaya raya sebab sari ako habeskan sekurang-kurangnya 5 kupang/50 sen  pergi kedai dia masa lintas nak balik rumah.

zero point
budak - budak  skank pandai ke nak ikat getah tu. getah pom tak tahu nak beli kat mana. ako ingat lagi.main zero point lepas habis upsr.tangan member ako patah.sampai sudah ako ingat *sori amie

last but not least.

aci ligan/kejar -kejar/polis sentry
kalau org  utara  panggil aci ligan ah.main sampai merah muka.paling best sebab masa ney kecik lagi.tak heran la kalau main kejar-kejar dengan budak lelakikan.kalau dah besar macam ney buat lagi perangai macam ney.memang tak bley blah ah.

S T O P.

p/s:kenangan semalam tu la yang dewasakan kita.peace.

5 comments:

KertasWarnaMerah said...

teringat main aci ligan..dengan beskal plak tu..huhu^^

nub said...

tangkap ikan kaghen pun syiokk! eheh

aRaN said...

aku kecik2 men skodeng2 wtfrog hahaha

KODOKECIK™ said...

@kemal:ada ka men aci ligan gan beskal..adeh

@nub:ikan kaqhen bleh wat goreng ark....hahha

@aran:ang memang...skodeng tu mmg sebati kot..hahaha

aRaN said...

silaka !!! hahahha